Day 2
Di hadapan Hotel S
Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 7 pagi . Aku sengaja
menunggu lebih awal supaya tidak terlewat . Hari ini aku mengenakan blouse
tebal oversize berwarna biru lembut dan seluar jeans putih. Musim bunga
di Korea menambahkan keseronokan aku disini .
Melihat bunga –bunga yang cantik dipokok menghilangkan sedikit kegusaran
dihatiku. Oh ~ Indahnya ciptaan Allah . dari jauh aku terlihat satu pasangan
menuju ke arahku . ‘Diorang ke ?’ tanyaku dalam hati.Mereka tiba dihadapanku
dengan senyuman yang meleret.
“Hi , are you Soo ?” tanya lelaki tersebut.
“Yes , I am. Sungje ?” jawab ku sambil bertanya.
”Yes ! Here ~ my girlfriend .. Hyujong” katanya
sambil menunjuk kearah gadis Korea disebelahnya.
Gadis tersebut memberikan senyuman manis sambil menunduk.
Telah menjadi tradisi orang disana menunduk hormat sesama sendiri.
“So, what should
we do now ?” aku bertanya kepada mereka.
“Let’s go to … nearest café .We should wait for my friend
.” balas Sungje .
Aku mengikut mereka ke café tersebut.
Dalam Café
“Let’s sit~” katanya kepadaku.
Mereka berdua telah
pun duduk . Aku masih lagi berdiri sambil memerhati sekeliling .’Fuyooo~
lawanya café ‘,aku berbisik dalam hati.Aku duduk dihadapan Hyujong . Kerusi
disebelah masih kosong mungkin sebentar
lagi akan berisi.Pelayan datang ke meja untuk mengambil pesanan.
”Americano juseyo~ ”kata Sungje dalam slang korea
sambil jarinya menunjukkan isyarat dua.
”Soo?” Tanya Sungje kepadaku.
”No, thanks~” jawab aku.
’Entah halal tidak .Dia nak suruh aku minum’, kutuk ku dalam
hati.Selepas beberapa minit , kerusi kosong disebelahku ditarik.Seorang lelaki berbadan kurus , tinggi , muka .. boleh tahan
handsomenya..ala ala artis korea ~ duduk disitu . Aku hanya memandang sekilas
dan kemudian kembali memandang pasangan bahagia dihadapanku untuk mendapatkan
penjelasan.
”He’s my friend , Kim Min Woo.” Sungje seperti tahu isi
hati aku .
Aku mengangguk-angguk sambil memandang lelaki tadi.
”Hi , nice to meet you…?”
“Soo, Soo Hye La.. Nice to meet you too .”, jawabku sambil tersenyum.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Now , where should we go ?”,Minwoo memulakan
perbicaraan setelah Sungje dan Hyujong meninggalkan kami.
”Hmmm ~ thisss ~~~ you know where is it ?”,tanyaku
sambil menunjukkan salah satu tempat dalam list yang diberi oleh prof Siti
.
”Yes , I know . Let’s go! “, katanya sambil
tersenyum padaku.‘Omoooo~ kenapa comel sangat dia ni’, hatiku berbisik.
”Hey ~ are you okay ?”,Minwoo melambai lambaikan
tangannya dihadapan muka aku.
”aaa~ yes . let’s go ~ “,cepat-cepat aku menjawab .
Takut dia perasan yang aku terpegun bila dia senyum. HAHA .
“Macam mana lah aku nak hidup dengan dia dalam 4 hari
lagi ni. Ada yang tersuka pula nanti.”, ngomel ku sendirian.
“ What?”,dia yang sedar aku mengatakan sesuatu .
“Nothing.Korea is a beautiful country.”, kataku.
Aku melajukan langkah.
Hari kedua berakhir dengan begitu lancar . Agaknya apa akan
jadi pada hari ketiga ?